Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images

PRK BALAKONG | Presiden MCA Liow Tiong Lai membuat penampilan sulungnya pada jejak kempen pilihan raya kecil ini semalam dan berkata beliau berpuas hati dengan penerimaan daripada penduduk setempat.

"Semasa saya berjalan kaki hari ini, saya melawat beberapa kedai kopi dan bertemu ramai pengundi tempatan. Mereka faham MCA memerlukan sokongan rakyat; sokongan orang Cina.

"Saya tahu MCA mempunyai banyak kelemahan, dan kami telah membuat banyak kesilapan. Kami mengakui kesilapan kami lalu dan saya harap pengundi Balakong akan memberi kami peluang," katanya kepada pemberita.

Liow hadir bersama-sama calon MCA, Tan Chee Teong, Senator Ti Lian Ker dan anggota parti lainnya.

Liow juga diminta mengulas kenapa beliau hanya mula berkempen selepas 11 hari tempoh berkempen dalam PRK Balakong.

"Kami ada di sini sebelum hari penamaan calon. Pada 11 Ogos, saya adalah orang pertama yang membawa calon MCA untuk bertemu dengan penduduk tempatan. Saya juga memulakan penubuhan bilik gerakan pilihan raya kecil ini. "

Selepas itu, Liow berkata, beliau terpaksa berada di luar negara untuk melakukan beberapa urusan dan hanya kembali pada hari Isnin. Ketiadaan beliau tidak menjejaskan kempen MCA, katanya, kerana ia telah mengumpulkan pasukan yang baik.

Pilihan raya kecil 8 September dipanggil berikutan kematian penyandangnya, Eddie Ng, dalam kemalangan kereta. Ia akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Tan daripada MCA dan calon DAP, Wong Siew Ki.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS