Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bantahan bekas MB ditolak, petisyen Streram dibicarakan

Mahkamah Tinggi di Seremban hari ini menolak bantahan awal bekas menteri besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan, terhadap petisyen pilihan raya yang difailkan bekas calon PKR, Dr S Streram.

Hakim Datuk Azimah Omar juga mengarahkan perbicaraan penuh dilangsungkan bermula 12 September 2018.

Dr Streram memfailkan petisyen itu selepas beliau tidak dibenarkan mengemukakan kertas pencalonannya untuk kerusi DUN Rantau ketika hari penamaan calon bagi pilihan raya umum ke-14 pada 28 April lalu.

Akibatnya, Mohamad - kini timbalan presiden Umno - diisytihar memenangi kerusi berkenaan tanpa bertanding.

Bagaimanapun Azimah tidak mendedahkan alasan bagi keputusan menolak petisyen Mohamad berkenaan itu.

Menurut peguam Dr Streram, Rafique Rashid Ali, mahkamah menolak kesemua lapan bantahan dikemukakan peguam Mohd Hafarizam Harun yang mewakili Mohamad pada hari ini.

"Perbicaraan pertama telah ditetapkan selama tiga hari mulai 12 September dan kami mempunyai lapan saksi termasuk Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun," jelas Rafique kepada Malaysiakini ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata Hafarizam memberitahu mahkamah bahawa pihaknya mempunyai tiga saksi, sementara Suruhanjaya Pilihan Raya mempunyai tiga saksi lain.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS