Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Dua wanita bergelut kerana mekap
Diterbitkan:  Aug 29, 2018 5:10 PM
Dikemaskini: 9:33 AM

GLOBAL | Jika persengketaan boleh terjadi kerana cinta, sesekali pergaduhan juga mungkin tercetus kerana berebut produk kecantikan.

Itu yang berlaku ke atas dua wanita China yang dirakam bergelut, bertumbuk dan menarik rambut antara satu sama lain di dalam kawasan dipercayai pusat beli-belah.

Difahamkan kejadian itu berlaku di kawasan bebas cukai di Seoul, Korea Selatan.

Kejadian itu sekali gus menarik perhatian orang ramai yang berada di kawasan itu.

Video sepanjang 51 saat itu menjadi tular dan turut dimuat naik ke laman sosial dan dikongsi Facebook portal berita South China Morning Post (SCMP).

Ia kemudian mengundang perbincangan hangat di kalangan netizen.

Turut kelihatan seorang lelaki yang dipercayai mengiringi salah seorang dari wanita itu juga turut menyertai pergaduhan itu dengan memijak salah seorang wanita yang terbabit dalam pergelutan berkenaan.

Menurut SCMP Kedutaan China di Korea Selatan mengeluarkan kenyataan menasihati warganegara terbabit supaya mengambil giliran semasa membeli-belah, selain bertindak secara "rasional".

Reaksi daripada video yang dimuat naik oleh SCMP itu juga pelbagai.

"Tolong berhati-hati, kamu rakyat China. Jangan cemar imej negara anda" kata salah seorang yang meninggalkan komen pada hantaran tersebut.

Ada juga yang mengesyaki kedua-dua wanita terbabit merupakan ejen jualan yang bersaing bagi mendapatkan pelanggan.

Lihat Komen
ADS