Pengundi dingatkan jangan lupa payung
Para pengundi pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kawasan Pengkalan Pasir, Kelantan Selasa diminta membawa payung sebagai persediaan kerana kawasan itu diramal hujan sepanjang hari.
Para pengundi pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kawasan Pengkalan Pasir, Kelantan Selasa diminta membawa payung sebagai persediaan kerana kawasan itu diramal hujan sepanjang hari.
Ketua Penolong Pengarah Kajicuaca Kuantan Muhamad Helmi Abdullah berkata berdasarkan ramalan kajicuaca, hujan sekejap-sekejap dalam keadaan sederhana dan menjadi lebat diramalkan berlaku di seluruh kawasan pantai timur termasuk Kelantan.
"Selain Pahang dan Terengganu, seluruh kawasan di Kelantan termasuk di kawasan pilihanraya (DUN Pengkalan Pasir) dijangka akan dilanda hujan dan ia berlarutan sepanjang hari," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Beliau berkata orang ramai khususnya para pengundi di negeri Kelantan dinasihatkan berhati-hati ketika keluar menunaikan tanggungjawab masing-masing selain membawa payung sebagai persediaan.
Menurut Bernama, orang orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat mengenai keadaan cuaca di wilayah Pantai Timur boleh menghubungi jabatan itu di talian 09-5384216 atau melayari laman web www.kjc.gov.my.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.