Ancaman bom palsu di Sri Pentas: 2 dicekup polis
Diterbitkan: Aug 30, 2018 1:07 PM | Dikemas kini: Aug 30, 2018 1:09 PM
Dua lelaki tempatan ditahan kerana dipercayai membuat panggilan ancaman bom palsu di bangunan Sri Pentas di Bandar Utama, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Zani Che Din berkata kedua-dua mereka ditahan pada 8.20 malam tadi di Temerloh, Pahang.
Beliau berkata kedua-dua suspek berkenaan akan direman pada hari ini di Mahkamah Petaling Jaya.
Semalam, bangunan Sri Pentas di Bandar Utama terpaksa dikosongkan susulan panggilan ancaman bom namun pihak polis mengesahkan tiada objek mencurigakan ditemui.
Polis menerima panggilan tersebut daripada seorang lelaki yang memaklumkan mengenai ancaman bom berkenaan kira-kira jam 10.12 malam.
- Bernama
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.