Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Menteri Kewangan Lim Guan Eng menolak spekulasi beliau akan meletak jawatan daripada kabinet.

Beliau mengulas hal ini ketika taklimat media mengenai cukai jualan dan perkhidmatan (SST) di Putrajaya hari ini bagi menjawab soalan jika benar Tabung Harapan akan dihentikan pada 30 September ini.

"Ada rumour kata tabung harapan dihentikan 30 September.

"Ada rumour kata saya nak letak jawatan, serupa juga, biar lah tunggu, macam durian runtuh (gugur), (sudah) dimakan baru sedap," katanya.

Lim berkata cakap-cakap sebegitu telah beredar sejak sebulan lalu dan beliau tidak tahu tentang motif di sebalik khabar angin tersebut.

Ditanya jika beliau akan meletak jawatan daripada kabinet, beliau berkata secara ringkas: "Sudah tentulah tidak."

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menerima kritikan apabila beliau melantik seorang berketurunan Cina untuk menerajui Kementerian Kewangan.

Lim ialah menteri kewangan pertama rakyat Malaysia berketurunan Cina, dalam tempoh 44 tahun selepas Tun HS Lee.

Sebelum ini, timbalan presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong, berkata peranan Lim telah dikurangkan kepada hanya setakat menjadi penjaga buku kira-kira sahaja.

Beliau berkata demikian kerana agensi-agensi yang sebelum ini berada di bawah kementerian kewangan telah dipindahkan kepada Kementerian Hal Ehwal Ekonomi yang diterajui Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, yang mempunyai lebih banyak kuasa.

Lihat Komen
ADS