Bekas senator Datuk Ezam Mohd Nor mengarahkan peguamnya menarik balik saman dan rayuan yang sedang berjalan terhadap bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dan anggota lembaga pengarah 1MDB.

Ezam memberikan arahan itu kepada Farez Jinnah selepas menerima surat syarikat guaman baru 1MDB Lee Hishammuddin Allen and Gledhill bertarikh 2 Ogos yang memintanya mempertimbangkan tidak meneruskan proses ligitasi.

Surat itu menyebut 1MDB telah melantik jawatankuasa eksekutif baru melibatkan Mohammad Faiz Azmi, Rashidah Mohd Sies dan Mohd Fadzmi Wan Othman untuk menguruskan operasi hariannya.

Ezam dalam saman bernilai AS$3.66 bilion mendakwa Najib, sembilan bekas pengarah 1MDB, lima pengarah sedia ada dan kerajaan melanggar tugas fidusiari mereka.

Beliau juga mendakwa mereka menyebabkan kerugian secara salah wang 1MDB bernilai AS$3.66 bilion.