Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mahkamah bicarakan kes petisyen pilihan raya Cameron Highlands

Petisyen pilihan raya Cameron Highlands akan menjalani perbicaraan, selepas Mahkamah Pilihan Raya di Kuala Lumpur menolak bantahan awal yang dibuat oleh Anggota Parlimen penyandang kerusi parlimen itu, Ketua Pemuda MIC Datuk C Sivaraajh.

Hakim Datuk Azizah Nawawi berkata di dalam kamar terdapat perkara-perkara yang boleh dibicaraka mengenai isu-isu yang dibangkitkan berkenaan pemberian rasuah kepada pengundi.

Bagaimanapun, beliau mengetepikan beberapa petisyen pilihan raya calon DAP, M Manogaran.

Manogaran juga ialah pengerusi DAP Pahang.

Walaupun tarikh perbicaraan telah ditetapkan pada hari Isnin (3 September), hakim Azizah membenarkan permintaan penangguhan oleh Sivaraajh.

Berikutan itu, pendengaran akan bermula pada hari Rabu (5 September) dengan Manogaran akan memberi keterangan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS