BNM: Rizab Malaysia tetap boleh guna pada akhir Julai 2018
Rizab Malaysia tetap boleh guna pada akhir Julai 2018 dengan aset rizab rasmi berjumlah US$104.51 bilion, mengikut format Special Data Dissemination Standard (SDDS) Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).
Dalam kenyataan hari ini, Bank Negara Malaysia (
“Bagi tempoh 12 bulan akan datang, aliran keluar jangka pendek yang telah dikenal pasti bagi pinjaman dalam mata wang asing yang disebabkan oleh pembayaran balik berjadual peminjaman luar negeri oleh kerajaan diunjurkan sebanyak US$244.4 juta.
“Jumlah kedudukan hadapan pendek sebanyak US$16.27 bilion manakala jumlah kedudukan hadapan panjang adalah sebanyak US$600 juta pada akhir Julai 2018, mencerminkan pengurusan mudah tunai ringgit dalam sistem kewangan,” kata BNM.
Sejajar amalan yang diterima pakai sejak April 2006, BNM berkata data itu tidak termasuk unjuran aliran masuk mata wang asing daripada pendapatan faedah dan pengeluaran pinjaman projek berjumlah US$2.65 bilion untuk tempoh 12 bulan akan datang.
Bank pusat berkata satu-satunya saluran keluar bersih jangka pendek aset mata wang asing luar jangka ialah jaminan kerajaan bagi hutang luar negeri dalam mata wang asing yang akan matang dalam tempoh satu tahun, berjumlah US$108.6 juta.
“Tiada pinjaman dalam mata wang asing yang terkandung opsyen, kemudahan kredit belum digunakan dan kemudahan kredit tanpa syarat yang diberikan oleh atau kepada bank pusat lain, organisasi antarabangsa, serta bank dan institusi kewangan lain.
“BNM juga tidak terbabit dalam urus niaga opsyen mata wang asing terhadap ringgit,” kata bank pusat.
- Bernama

