Paling Popular
Terkini

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam (Jahaeik) Kelantan menyerbu 'sarang' pengikut Syiah di sebuah premis di Jalan Sri Cemerlang, Kota Bharu, malam tadi.

Menurut sumber, serbuan dengan pemantauan pihak polis itu dibuat sebelum tengah malam menjelang detik sambutan Hari Kebangsaan Ke-61.

"Ya ada tangkapan, kira-kira 10 orang terdiri daripada lelaki dan wanita ditahan dalam serbuan tersebut," kata sumber yang enggan dikenali itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik mengesahkan pihaknya sekadar membantu dalam operasi tersebut.

"Kita hanya memantau keselamatan dalam operasi itu. Ia dibuat jabatan agama (Jahaeik)," katanya ringkas kepada Malaysiakini.

Sementara itu, usaha untuk mendapatkan respon dan pengesahan daripada pengarah Jaheaik setakat ini belum berhasil.

Lihat Komen
ADS