Paling Popular
Terkini

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini memberi jaminan bahawa kerajaan tidak akan menganiaya bumiputera dalam berdepan cabaran ekonomi di masa hadapan.

"Bukan kita berada di sini untuk menganiaya kaum dan bangsa kita sendiri," kata Mahathir dalam ucapan pembukaannya di Kongres Masa Depan Bumiputera & Negara (KBN 2018) pagi ini.

"Saya harap kongres ini serius dalam usaha memperbaiki nasib Bumiputera dan orang Melayu. Kongres ini perlu serius untuk melakukan keputusan yang baik jika ada.

“Kalau ia terhad kepada meminta-minta, saya percaya walaupun kerajaan ini akan dikalahkan kerana tidak menunaikan permintaan, itu tidak mengapa bagi kita," katanya kepada lebih 2,000 peserta yang berkumpul di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Pada masa yang sama, perdana menteri menegaskan kerajaan akan mengambil langkah untuk menamatkan amalan yang beliau percaya telah menghalang kejayaan dasar yang diperkenalkan di bawah Dasar Ekonomi Baru.

Ini termasuk, katanya, tidak lagi berkompromi dengan amalan projek subkontrak yang diberikan kepada syarikat Bumiputera.

Lihat Komen
ADS