Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Majlis Amanah Mara (Mara) akan kekal sebagai sebuah agensi yang diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah.

"Kita serahkan MARA kepada kementerian luar bandar. Saya janji akan berikan bantuan secukupnya kepada kementerian ini," kata Mahathir semasa sesi dialog di Kongres Masa Depan Bumiputera & Negara di Kuala Lumpur pagi ini.

Beliau menjawab soalan daripada peserta kongres mengenai rancangan kerajaan terhadap MARA.

Pengkritik kerajaan sebelum ini mendakwa terdapat rancangan untuk memansuhkan MARA sebagai sebuah institusi yang bertanggungjawab bagi membantu Bumiputera.

Pada 14 Ogos lalu, Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memberitahu Dewan Rakyat bahawa kementeriannya telah mengambil alih pengurusan MARA.

Bagaimanapun, dengan pengumuman Mahathir hari ini menamatkan spekulasi mengenai perkara itu.

Lihat Komen
ADS