Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita

PRK SERI SETIA | Calon PAS bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Seri Setia Dr Halimah Ali menyindir kerajaan baru Pakatan Harapan (HARAPAN) kerana gagal menurunkan harga barangan walaupun Cukai Barangan dan Perkhidmatan (SST) berkuatkuasa hari ini.

Katanya, beliau sudah membuat tinjauan di beberapa pasar dan respon yang diterima sungguh tidak memberangsangkan.

Menurutnya peniaga di pasar berkata harga barangan tidak turun sebaliknya hanya ikan yang “turun” daripada lori.

“Saya ke pasar tani hari ini, saya bertanya kepada orang jual ikan, daging dan mereka yang jual makanan harian sebab hari ini 1 hari bulan dan SST mula hari ini.

“Jadi, saya tanya mereka, betulkah barang-barang harga turun, mereka senyum, kata betul (turun) tapi (ikan) turun daripada lori.

“Eh tak turun (harga) ke saya tanya? (mereka jawab) tak turun dan dia (peniaga) kata sebenarnya lagi naik.

"Jadi itulah maklum balas daripada peniaga,” katanya kepada pemberita selepas majlis perbincangan antara PAS dan paderi Kristian di Hotel De Palma, Ampang, hari ini.

SST mula dilaksanakan hari ini selepas kerajaan memansuhkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Di bawah sistem itu, hanya 38 peratus barangan indeks harga pengguna akan dikenakan cukai di bawah SST berbanding 60 peratus di bawah GST.

Takkan Astro Awani nak bohong?

Sementara itu Halimah turut mengulas mengenai isu debat antaranya dengan calon HARAPAN di Seri Setia, Halimey Abu Bakar. 

Halimah berkata kenyataan yang dibuat oleh Halimey dan stesen televisyen, Astro Awani kedengaran bercanggah.

Halimey mendakwa tidak mendapat jemputan dari stesen televisyen berkenaan manakala Halimah pula diberitahu jemputan sudah diberikan kepada kedua-dua mereka.

“Saya pun tak tahu itu debat, saya dijemput oleh Astro Awani setelah dia jemput Halimey. Bila kita tanya is it confirmed, dia (Astro Awani) kata tunggu nak dapat persetujuan kedua-dua pihak.

“Dia (Halimey) kata debat tak perlu, tak penting, tapi itu bukan isu pada saya, dia nak jumpa semua orang tak ada masalah.

“Tapi yang dia kata dia tak di jemput, saya tak tahu dan Astro Awani ada jawapannya sebab (Astro Awani) kata jemput dua-dua (pihak) katanya kepada saya. Takkan Astro Awani bohong kot,” katanya.

Lihat Komen
ADS