Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Exco: Pengaruh Syiah di Kelantan tidak serius
Diterbitkan:  Sep 3, 2018 12:01 PM
Dikemaskini: 4:03 AM

Penyebaran fahaman Syiah di kalangan umat Islam di Kelantan tidak terlalu serius, menurut Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Serata, Datuk Mohd Nassuruddin Daud.

Namun beliau berkata ia tidak bermakna kerajaan tidak mengambil langkah proaktif untuk menyekatnya.

"Nak kata serius sangat itu tidaklah cuma kita kena bendung dari awal, tetapi penyiasatan tetap dilakukan dan mereka yang ditahan akan didakwa.

"Sebelum ini kita hanya mendengar gerakan penganut syiah tetapi selagi kita tidak boleh buktikan, kita tidak boleh ambil tindakan," katanya seperti dipetik Harakahdaily, semalam.

Beliau juga memberi jaminan mereka yang melakukan kesalahan agama akan dikenakan tindakan tanpa mengambil kira fahaman politik.

Nassuruddin mengulas isu penahanan pengikut Syiah di sebuah premis di Jalan Sri Cemerlang, Kota Bharu pada 30 Ogos lalu bersama beberapa buku berkaitan mazhab itu.

Malaysiakini melaporkan tangkapan oleh Jabatan Hal Ehawal Agama Islam Kelantan (Jaheaik) sekitar sepuluh individu, manakala Harakahdaily menyatakan sejumlah 50 ditahan.

Lihat Komen
ADS