Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Saman misfeasans Streram terhadap SPR akan dibicarakan

Saman misfeasans calon PKR bagi DUN Rantau Dr S Streram terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan pegawai pengurus pilihan raya Amino Agus Suyub akan dibicarakan.

Ia berikutan keputusan Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Darryl Goon untuk menolak permohonan SPR untuk mengenepikan saman itu.

Keputusan itu berdasarkan hujah petisyen pilihan raya oleh Streram tidak menghalangnya untuk memfailkan saman misfeasans ekoran tidak dibenarkan bertanding pada PRU ke-14.

Tambahan pula, menurut peguam Mohd Haniff Khatri Abdulla, tiada undang-undang kes yang menyatakan pegawai pilihan raya bukan penjawat awam.

"Atas sebab-sebab ini, Hakim Goon mengarahkan perkara ini dibicarakan dan mengarahkan SPR untuk memfailkan pembelaan," katanya.

Selain saman misfeasans ini, Streram juga memfailkan petisyen pilihan raya yang akan dibicarakan pada 12 September ini selepas Mahkamah Tinggi Seremban menolak permohonan Timbalan Presiden Umno yang juga ADUN Rantau Datuk Seri Mohamad Hassan untuk membatalkannya.

Mohamad menang tanpa bertanding pada PRU lalu selepas SPR tidak menerima pendaftaran Streram sebagai calon.

[Baca berita asal]
 

Lihat Komen
ADS