83 peratus mengundi di Pengkalan Pasir
Sebanyak 83 peratus pengundi telah keluar mengundi dalam pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Pasir hari ini.
Pegawai Pengurus Pilihanraya kecil kawasan berkenaan, Abdul Halim Ahmad yang dihubungi Bernama berkata, ini berikutan keadaan cuaca yang cerah sehingga ini.

Dalam pilihanraya umum lalu, 77.64 peratus pengundi keluar mengundi.
Pengerusinya Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman berkata, proses pengundian menggalakkan berikutan cuaca baik walaupun sebelum ini hujan lebat diramalkan sepanjang tiga hari bermula semalam di Pantai Timur Semenanjung.
"Proses pengundian berjalan lancar dan kita amat berpuashati kerana tidak ada masalah yang tidak dapat kita atasi", katanya kepada Bernama ketika meninjau proses pengundian di pusat pengundian Sekolah Kebangsaan Datuk Abdul Hamid 2 hari ini.
Katanya, walaupun berlaku insiden kata-mengata tetapi perkara itu merupakan keadaan biasa dan dapat dikawal dengan baik oleh polis yang bertugas di pusat-pusat pengundian.

Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.