Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Ucapan 'Melayu bangkit' Tajuddin dilapor pada polis
Diterbitkan:  Sep 3, 2018 3:46 PM
Dikemaskini: 10:25 AM

Pengerusi Biro Publisiti DAP Perak, Chong Zhemin membuat laporan polis hari ini terhadap Anggota Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman kerana mendakwa DAP kini mengawal kerajaan dan mahu menubuhkan sebuah republik di Malaysia.

Chong yang juga ADUN Keranji mendesak agar Tajuddin disiasat di bawah Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 504 Kanun Keseksaaan kerana secara sengaja menghina dengan niat menjejaskan kententeraman.

Dalam laporan polis yang dibuat di Ibu Pejabat Polis Ipoh, Chong berkata ucapan Tajuddin ketika Himpunan Melayu Bangkit di kawasan parlimennya tadi malam agak membimbangkan.

"Ucapan beliau bukan sahaja rekaan tetapi jelas menghasut, cuba menimbulkan sentimen perkauman dan mencipta konflik di antara kaum-kaum yang berlainan di Malaysia," kata Chong.

Tajuddin telah mengisytiharkan orang Melayu hilang kuasanya.

"DAP adalah musuh orang Melayu, musuh Islam kerana mereka hendak mewujudkan sistem tanpa Raja, mereka nak wujudkan sistem republik supaya ketua negara bukan Melayu dan bukan bergama Islam seperti di Singapura dapat dilantik," dakwa Tajuddin.

Manakala itu, Chong juga menempelak MCA kerana pada masa lalu parti itu sering berkata DAP menjadi 'alat' kepada Tun Dr Mahathir Mohamad dan BERSATU, tetapi kini Umno pula memberitahu orang Melayu, DAP sekarang menguasai pentadbiran Pakatan Harapan.

Beliau berkata taktik yang digunakan MCA dan Umno itu bertujuan menimbulkan sentimen perkauman dan sangat berbahaya kepada negara.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS