Berita Malaysiakini

Kerajaan tak boleh berhutang untuk beri bonus

Kow Gah Chie  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini

Pemberian bonus dan insentif dan ganjaran kepada pegawai kerajaan akan dipertimbangkan dengan mengambil kira kemampuan dan kedudukan kewangan negara.

Timbalan Menteri Kewangan Amiruddin Hamzah berkata ia hanya akan diberikan jika kerajaan mempunyai lebihan pendapatan.

“Kita bagi diberi bila ada lebihan.

"Kita tak boleh, secara dasar atau konsepnya berhutang untuk memberi ganjaran atau bonus,” katanya.

“Itulah sebenarnya dari segi prinsipnya dan insya-Allah apabila keadaan kewangan mengizinkan dan agak baik, kelaziman untuk memberi ganjaran dan bonus ini akan diteruskan.”

Beliau berkata demikian ketika penggulungan titah diraja di Dewan Negara hari ini.