Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Kerajaan pusat tak boleh campur tangan undang-undang syariah negeri'
Diterbitkan:  Sep 4, 2018 9:35 PM
Dikemaskini: 1:43 PM

Kerajaan persekutuan tidak boleh campur tangan dalam soal undang-undang syariah di negeri, kata Menteri Undang-undang Datuk Liew Vui Keong, susulan hukuman sebat enam kali terhadap pasangan lesbian di Terengganu yang menarik perhatian ramai.

"Pelanggaran undang-undang syariah oleh dua perempuan dan hukuman sebatan ke atas mereka bawah bidang negeri dan persekutuan tidak boleh campur tangan.

"Perkara satu senarai II dalam jadual kesembilan Perlembagaan Persekutuan jelas menyatakan hak negeri dalam hal ehwal Islam, maka kerajaan persekutuan tidak boleh campur tangan," katanya dalam kenyataan.

Semalam, hukuman tersebut julung kali diadakan di depan khalayak, iaitu di bilik mahkamah Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu dan disaksikan lebih 100 orang.

Menurut laporan, hukuman itu dijalankan oleh tukang sebat perempuan dari Penjara Kajang dan bermula pada pukul 10.10 pagi, dengan tempoh tiga minit setiap seorang.

Liew bagaimanapun mengakui hukuman itu tidak selari dengan hak asasi manusia terutama di mata masyarakat antarabangsa.

"(Tetapi) Terengganu di bawah PAS. PAS bukan sebahagian daripada kerajaan Pakatan Harapan tetapi bertindak mengikut pertimbangan sendiri," katanya lagi.
 

Lihat Komen
ADS