Sah: BN menang kerusi Pengkalan Pasir
Barisan Nasional disahkan memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Pasir selepas diadakan kiraan semula pagi ini, dengan majoriti 134 undi.
Barisan Nasional disahkan memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Pasir selepas diadakan kiraan semula pagi ini, dengan majoriti 134 undi.
Selepas kiraan semula itu selesai kira-kira jam 12.30 tengahari, calon BN Hanafi Mamat mendapat 7,422 manakala calon PAS memperolehi 7,288 undi. Calon Bebas Datuk Paduka Ibrahim Ali mendapat 415 undi.
Sebanyak 83.4 peratus daripada sejumlah 18,411 pengundi keluar mengundi semalam, berbanding dengan 77.64 peratus dalam pilihanraya umum 2004.
Dalam pilihanraya umum lalu, PAS memenangi kerusi ini dengan majoriti 56 sahaja.
Dengan kemenangan ini, kedudukan kerajaan PAS Kelantan semakin genting dengan hanya kelebihan satu satu kerusi dalam Dewan Undangan Negeri. Kini PAS hanya menguasai 23 kerusi manakala BN 22 kerusi.
Kedudukan 23-22
Dalam pilihanraya umum lalu, PAS memenangi 24 kerusi manakala BN mendapat 21 kerusi.
Kedudukan 23-22 ini dilihat sebagai satu kedudukan yang yang boleh mengubah landskap politik Kelantan.
Keputusan rasmi kiraan semula itu diumumkan oleh Pengurus Pilihanaraya Abdul Halim Ahmad di pusat penjumlahan undi di Sekolah Menangah Kebangsaan Sultan Ibrahim (1) Pasir Mas pada kira-kira jam 12.40 tengahari.
Ini merupakan pilihanraya kecil yang kedua selepas pilihanraya umum tahun lalu. Dalam pilihanraya kecil Kuala Berang, Terengganu awal tahun ini, BN berjaya mengekalkan kerusi tersebut.
Pilihanraya kecil Pengkalan Pasir menarik perhatian ramai kerana ia akan menentukan masa depan parti PAS dan kerajaan negeri Kelantan yang memang sedia goyah sebelum ini kerana tidak mempunyai majoriti dua pertiga.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.