Isteri Isa Samad meninggal dunia
Isteri bekas Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, Puan Sri Hazizah Tumin meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) Cheras, Kuala Lumpur pagi ini.
Isteri bekas Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, Puan Sri Hazizah Tumin meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) Cheras, Kuala Lumpur pagi ini.
Allahyarham, 53, meninggal dunia di hospital itu pada jam 10.30 pagi akibat penyakit kanser parotid (kanser kelenjar pipi di hadapan telinga) yang dihidapi sejak 10 tahun lalu.
Mohd Isa berkata, keadaan allahyarham bertambah serius dan dimasukkan ke Wad Baldu hospital itu pada Ahad lalu.
"Saya bersama-sama empat anak saya, Mohamad Najib, 27, Megawati, 24, Lelawati, 21, dan Juhaida, 16 berada di sisi Allahyarham ketika menghembuskan nafas terakhir," katanya ketika dihubungi hari ini.
Katanya, jenazah Allahyarham akan dibawa ke kediamannya di Nilai untuk orang ramai memberi penghormatan terakhir, sebelum dikebumikan di Bagan Pinang, Port Dickson selepas solat Asar.
Menurut Bernama, sllahyarham adalah bekas guru dan telah berkahwin dengan Mohd Isa pada 26 Nov 1977.

