Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Saman fitnah Khalid Samad terhadap NSTP selesai

Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad hari ini bersetuju untuk menyelesaikan saman fitnah yang difailkan terhadap Berita Harian dan New Straits Times Press (M) Bhd.

Khalid sebelum ini memfailkan saman tersebut berhubung artikel mengenai pendirian beliau dan Parti Amanah Negara (AMANAH) terhadap pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Akta 355).

Penyelesaian itu direkodkan oleh Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Aliza Sulaiman, dengan syarat antara lain NSTP perlu membayar ganti rugi sebanyak RM60,000 dalam masa 30 hari dan Berita Harian memberikan ruang untuk wawancara mengenai isu itu bersama Khalid.

"Ia telah diselesaikan dengan syarat-syarat yang disebutkan," kata peguam Khalid, Faiz Fadzil, yang juga ADUN Permatang Pasir.

Khalid yang menyatakan rasa syukur atas penyelesaian itu berkata beliau dan partinya, AMANAH mempunyai pendirian sendiri mengenai Akta 355 yang tidak selari dengan pendirian DAP.

"Walaupun kami adalah sebahagian daripada gabungan, kami mempunyai pendirian yang berbeza mengenai isu itu dan penerbitan itu telah menjejaskan kedudukan saya dan AMANAH.

"Saya mendesak bahawa dalam persekitaran baru ini, media perlu melaporkan perkara yang adil," katanya.

Khalid menamakan bekas editor kumpulan Berita Harian Mahfar Ali, wartawan Hazwan Faisal Mohamad dan Rohaniza Idris, serta NSTP sebagai defendan dalam saman yang difailkannya tahun lalu.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS