Pesawat MAS tergelincir di lapangan terbang Miri
Sebuah pesawat Twin Otter Penerbangan Malaysia (MAS) tergelincir landasan di lapangan terbang Miri semalam.
Sebuah pesawat Twin Otter Penerbangan Malaysia (MAS) tergelincir landasan di lapangan terbang Miri semalam.
Bagaimanapun 19 penumpang dan dua juruterbang terselamat.
Jabatan Perhubungan Korporat MAS berkata, dalam satu kenyataan, insiden itu berlaku pada jam 3 petang bila pesawat itu cuba mendarat setelah berlepas dari Limbang.
Ia menyatakan kesemua penumpang dan anak kapal dipindahkan dengan selamat ke terminal dan lapangan terbang itu ditutup sementara untuk mengalihkan pewasat itu dari landasan.
Menurut Bernama, pemeriksaan awal ke atas pesawat itu tidak menunjukkan sebarang kerosakan tetapi telah didaratkan untuk pemeriksaan selanjutnya, kata kenyataan itu.
Berikutan insiden itu, MAS menjadualkan semula ketibaan tiga penerbangan ke Miri dan penerbangan berlepas dari Miri semasa penutupan lapangan terbang itu antara 3.05 petang dan 4.43 petang.

