Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Siasatan SPRM terhadap bekas ADUN PAS bukan bermotif politik'
Diterbitkan:  Sep 8, 2018 7:33 PM
Dikemaskini: 11:37 AM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyangkal dakwaan siasatan terhadap seorang bekas ADUN beberapa hari lalu bermotifkan politik.

Walaupun tidak menyebut secara khusus, jelas SPRM merujuk kepada bekas ADUN PAS di Selangor yang direman dua hari bermula 4 September lalu, bagi membantu siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa dana kerajaan berjumlah RM50,000.

"Ia tuduhan melampau dan melulu yang mencemarkan imej dan reputasi SPRM.

"SPRM sentiasa bersikap profesional dalam setiap tindakan khususnya semasa menjalankan siasatan rasuah tanpa membabitkan kecenderungan politik...Setiap penahanan berdasarkan asas kukuh," katanya dalam kenyataan hari ini.

Penahanan itu dipersoalkan calon PAS PRK Seri Setia Dr Halimah Ali memandangkan ia dibuat semasa tempoh-tempoh akhir kempen.

"Kenapa sekarang (penahanan itu dibuat)? Namun, saya berharap pihak berkenaan (SPRM) menjalankan tugas dengan baik dan profesional," katanya seperti dipetik Berita Harian 4 September lalu.

Dalam pada itu, SPRM berkata mereka sentiasa mematuhi undang-undang sedia ada semasa menjalankan siasatan termasuk dalam soal hak tahanan lokap.

"Orang ramai dinasihatkan tidak menularkan berita tidak sahih menggunamakan nama suruhanjaya. Ia akan menjejaskan imej SPRM sekaligus merencatkan usaha membersih negara daripada rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa," kata SPRM lagi.
 

Lihat Komen
ADS