Kikis sikap sokong pemimpin membuta tuli
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat supaya mengikis sikap mempertahankan pemimpin yang melakukan kemungkaran biarpun mempunyai pegangan agama dan budaya yang sama.
Beliau berkata rakyat seharusnya bijak membezakan hal baik dan buruk untuk mempertahankan seseorang itu.
Katanya ia tidak wajar dibuat atas pertimbangan faktor bangsa, budaya dan agama yang sama.
"Sikap rakyat sekarang ini tidak mengapa mempertahankan individu yang sudah melanggar hukum agama seperti merompak duit rakyat, rasuah, asalkan adat, agama, budaya kita sama,” katanya ketika berucap pada majlis Agenda Malaysia Bau di padang Felda Jelai 4 di Gemas malam tadi.
Turut hadir Pengerusi PKR Negeri Sembilan, Aminuddin Harun yang juga menteri besar dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia, Halimey Abu Bakar.
Dalam pada itu, Anwar turut menegaskan hak Felda dapat dikembalikan dalam masa terdekat dan membaik pulih semula kerosakan yang dilakukan oleh kerajaan lama dahulu.
Beliau turut menyatakan keyakinan bahawa pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) akan melakukan pembaharuan dengan memulihkan kerosakan dan mengembalikan semula hak Felda yang diseleweng sebelum ini.
- Bernama


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.