Pengkalan Pasir: Ingatan untuk PAS, cabaran untuk BN
Terjemahan Mesej yang disampaikan oleh keputusan pilihanraya kecil Pengkalan Pasir amat jelas: PAS perlu berkerja lebih kuat untuk menyakinkan rakyat Kelantan supaya terus menyokongnya dalam pilihanraya umum akan datang.
Ketika para pemimpin PAS melakukan muhasabah diri, bersiap sedia untuk pilihanraya akan datang, Barisan Nasional (BN) juga dihadapkan dengan tugas dan cabaran besar: untuk memenuhi segala janji yang ditabur semasa kempen tempoh hari.
Terjemahan Mesej yang disampaikan oleh keputusan pilihanraya kecil Pengkalan Pasir amat jelas: PAS perlu berkerja lebih kuat untuk menyakinkan rakyat Kelantan supaya terus menyokongnya dalam pilihanraya umum akan datang.
Ketika para pemimpin PAS melakukan muhasabah diri, bersiap sedia untuk pilihanraya akan datang, Barisan Nasional (BN) juga dihadapkan dengan tugas dan cabaran besar: untuk memenuhi segala janji yang ditabur semasa kempen tempoh hari.
Sepanjang kempen berkenaan pada pemimpin BN dengan diketuai oleh Timbaalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah melaung-laungkan untuk membawa pembangunan ke kawasan berkenaan, agenda yang gagal dilakukan oleh PAS selama ini.
Seorang pemandu teksi berusia 40 tahun yang berasal dari kampung Dangar berkata, kemenangan di Pengkalan Pasir adalah ujian terhadap kejujuran para pemimpin BN.
"Mereka datang ke sini dan mengatakan kami tidak mempunyai pembangunan. Mereka dakwa mampu membawa pembangunan yang lebih baik dari PAS. Sekarang mereka sudah mendapat mandat kami, jadi tolong penuhi segala janji," katanya yang mahu dikenali sebagai Che Lah sahaja.
Pemandu teksi itu mahu melihat banjir yang kerap menggelamkan pekan Pasir Mas ketika musim hujan akibat sistem perparitan dan pengairan yang bermasalah akan dapat diatasi segera.
Rakan Che Lah, seorang pesara kerajaan yang terus terang mengaku telah mengundi PAS pula memberi amaran kepada BN bahawa rakyat Kelantan akan menghukum BN dalam pilihanraya akan datang jika parti itu tidak menunaikan janji-janjinya.
"Kita tunggu samaada janji-janji itu hanya umpan pilihanraya atau betul. Saya sudah biasa dengan bajir di sini, apa yang saya mahu lihat ialah BN mengotakan janjinya membina universiti di Kelantan.
"Pada pilihanraya umum lalu, seorang pemimpin Umno Kelantan berkata BN akan membina sebuah universiti di kawasan parlimennya, Bachok...tapi sampai hari ini ia sekadar janji kosong,"katanya.
Hanafi penuhi janji
Namun jika dipegang pada kata-kata wakil rakyat baru Pengkalan Pasir, Hanafi Mamat sebaik sahaja memenangi kerusi itu, Che Lah dan rakannya tidak perlu bimbang. Hanafi berjanji akan melaksanakan semua janji-janjinya secepat mungkin dan menjaga kebajikan penduduk Pasir Mas.
"Walaupun saya menang dengan majoriti tipis, saya akan cuba melaksanakan tanggungjawab sebaik mungkin. Saya akan lihat apa keperluan rakyat dan cuba memenuhinya walaupun terpaksa berhadapan dengan kerajaan PAS," katanya selepas keputusan rasmi pilihanraya kecil itu diumumkan semalam.
Sementara itu pemimpin PAS, Husam Musa memberi jaminan kepada Hanafi bahawa kerajaan negeri tidak akan menghalang BN membawa pembangunan ke Kelantan.
"Malah jika pemimpin BN mahu memenuhi janji untuk membina sebuah universiti di negeri ini, kerajaan negeri akan menyediakan tapaknya. Saya juga mahu sebuah universiti dibina di negeri ini,"ujarnya.
Husam bagaimanapun meragui kesungguhan BN untuk mengotakan semua janji-janji pilihanrayanya berdasarkan apa yang berlaku di 21 Dewan Undangan Negeri yang telah dikuasai oleh BN sebelum ini.
"Lihatlah apa yang ada di kawasan-kawasan berkenaan, pembangunan apa yang mereka bawa? Saya belum nampak satu projekpun yang boleh menyakinkan saya," katanya.
Selain memenuhi janji-janji pembangunan yang ditabur dalam pilihanraya berkenaan, para pemimpin BN juga perlu belajar adap resam penduduk tempatan jika mahu meraih sokongan orang Kelantan.
Gelagat Pemuda Umno
Gelagat angkuh dan "kebudak-budakan" yang ditunjukkan oleh seorang pemimpin kanan Pemuda Umno ketika berkempen di Pasir Mas tempoh hari hampir mencetuskan pergaduhan antara penyokong Umno dan PAS.
Mujur ada pihak polis campurtangan bagi mengelakkan kedua-dua pihak bergaduh apabila pemimpin Pemuda Umno itu menyertai ahli-ahli pergerakannya mengejek penyokong PAS.
"Bagaimana seorang pemimpin kanan berkelakuan begitu?" tanya seorang wartawan yang menyaksikan kejadian tersebut.
Perbuatan pemimpin berkenaan tidak disenangi oleh penduduk tempatan. Seorang ahli Umno dari Banggol Chicah yang menyaksikan insiden itu berharap pemimpin berkenaan tidak mengulangi gelagatnya itu lain kali.
"Kami (Umno) bernasib baik kerana tidak ramai yang tahu mengeni insiden ini. Jika tidak, tentu sukar untuk mendapatkan sokongan pengundi di sini," katanya.
Dalam pada itu PAS telah menegaskan ia akan terus memerintah Kelantan dengan 23 kerusi yang dimilikinya. Soal membubar Dewan Undangan Negeri Kelantan tidak timbul sama sekali.
" BN boleh buat apa yang mereka suka. Kami adalah kerajaan yang sah. Tiada siapa boleh memaksa kami membubarkan kerajaan. Walaupun dengan majoriti setengah kerusi, kami masih mempunyai mandat rakyat untuk memerintah," tegas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Pasir Mas semalam.
Manakala Husam pula percaya PAS masih mempunyai pengaruh dan harapan di Kelantan walaupun tewas di Pengkalan Pasir.
"Saya gembira melihat tentangan rakyat terhadap BN masih kuat. Undi untuk PAS bertambah sebanyak 160 walaupun terpaksa berhadapan dengan Timbalan Perdana Menteri yang sudah berkampung di Pengkalan Pasir selama seminggu dan laporan media yang berat sebelah,"katanya. Berita asal

