Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Menteri: MARA tak akan diterajui orang seperti Annuar Musa

Majlis Amanah Rakyat (MARA) tidak akan diterajui oleh individu seperti Tan Sri Annuar Musa yang pernah menjadi pengerusinya, kata Menteri Pembangunan Luar Bandar Rina Harun.

"Kita bukan mahu pilih macam orang Annuar lagi. Kita akan pilih orang yang berkualiti, pilih orang profesional yang boleh pastikan hasrat kita agar MARA lebih dimartabatkan.

Rina yang juga merupakan anggota parlimen Titiwangsa berkata demikian dalam program di Kelab Sultan Sulaiman di Kuala Lumpur hari ini.

Apabila ditanya bila pengerusi baru MARA akan dilantik, beliau berkata: "Dalam masa terdekat".

Annuar menjadi pengerusi MARA pada Julai 2013 sehingga digantung dari jawatan itu pada Jan 2017.

Penggantungan itu bagi memberi laluan kepada siasatan berhubung dakwaan penglibatannya dalam penajaan pasukan bola sepak Kelantan.

Penajaan itu menjadi kontroversi susulan konfik kepentingan memandangkan Annuar juga merupakan presiden persatuan bolasepak Kelantan ketika itu.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bagaimanapun tidak mendakwa beliau kerana "kekurangan bukti".

Lihat Komen
ADS