Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Dewan Negara tolak mansuh RUU Antiberita Tidak Benar
Diterbitkan:  Sep 12, 2018 1:28 PM
Dikemaskini: 5:58 AM

Dewan Negara hari ini menolak usul pemansuhan Rang Undang-undang Antiberita Tidak Benar 2018 selepas dibacakan buat kali kedua.

Keputusan menolak pemansuhan rang undang-undang itu dibuat hasil undi belah bagian oleh ahli-ahli Dewan Negara yang dikuasai oleh BN. Seramai 28 ahli Dewan menolak pemansuhannya, manakala hanya 21 yang menyokong dan tiga lagi tidak mengundi.

Perkara itu diumumkan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri S A Vigneswaran.

Usul undi belah bahagian dikemukakan Senator Khairul Azwan Harun sebaik sahaja Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mohamed Hanipa Maidin selesai menggulung RUU itu untuk bacaan kali kedua.

Bagi mengikut Peraturan 45 (4), Vigneswaran kemudiannya mengarahkan loceng dibunyikan selama dua minit bagi membolehkan proses undi belah bahagian dijalankan.

RUU itu yang bertujuan memansuhkan Akta Antiberita Tidak Benar 2018 diluluskan di Dewan Rakyat pada 16 Ogos 2018 setelah bacaan kali ketiga.

 

Lihat Komen
ADS