Nazri: Saman hakim, pendakwaraya, saman semua oranglah!
Terjemahan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz merengus terhadap keputusan pihak polis tidak akan menasihatkan seorang anggotanya supaya menarik balik samannya terhadap seorang remaja Foo Tze Kuan, yang membuat aduan rasuah terhadapnya.
Terjemahan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz merengus terhadap keputusan pihak polis tidak akan menasihatkan seorang anggotanya supaya menarik balik samannya terhadap seorang remaja Foo Tze Kuan, yang membuat aduan rasuah terhadapnya.
Katanya, apabila ia baik untuk mereka (polis), mereka kata itu hak mereka, tetapi bila ia tidak baik untuk mereka, maka mereka menyalahperlakukan hak orang lain.
"Terpulanglah kepada mereka. Kita hanya boleh memberi nasihat," kata beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kaukus Parlimen Mengenai Hak Asasi Manusia
Pada 23 November lalu, kabinet memutuskan untuk menasihatkan anggota polis tersebut, Bahrain Awang yang berpangkat lans koperal, supaya menarik balik kes itu kerana ia boleh menjejaskan usaha kerajaan untuk membanteras rasuah.
Bagaimanapun, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Musa Hassan berkata, pihak polis tidak boleh menasihatkan Bahrain menarik balik samannya kerana dia mengambil itu atas kapasiti peribadinya.
Ditanya sama ada keputusan Bukit Aman itu bercanggah dengan nasihat kabinet, Nazri tidak menjawab secara langsung, tetapi berkata:
"Saya tak tahu. Apa pendapat anda? Adakah anda akan mengambil tindakan terhadap pendakwaraya apabila anda tidak puas hati dengan tindakan mahkamah? Adakah anda akan mengambil tindakan terhadap hakim bila keputusannya tidak memihak kepada anda?
"Jika anda fikir ianya betul, maka samanlah. Saman hakim, saman pendakwaraya, saman semua orang lah! Ianya terpulang kepada anda semua untuk memikirkannya. Adakah ianya untuk kepentingan awam? Bukankah pihak polis sepatutnya melindungi kepentingan awam?" katanya.
Foo, yang ketika itu berusia 17 tahun, telah membuat aduan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) Jun tahun lalu selepas beberapa anggota polis didakwa meminta rasuah RM300 daripadanya selepas mereka memberhentikannya kerana didakwa melakukan kesalahan trafik di Seremban.
Bahrin didakwa di mahkamah atas tuduhan tersebut Mac lalu, tetapi dia dilepaskan atas sebab teknikal. Dia kemudiannya memfailkan saman malu terhadap Foo pada bulan Mei. Perbicaraan pertama kes itu dijadualkan minggu lalu, tetapi ditangguhkan hingga Januari depan.
Sokong permohonan MDC
Sementara itu, Muda Mohd Noor melaporkan, Nazri berkata, kaukus tersebut menyokong supaya permohonan pendaftaran parti Kongres Dayak Malaysia (MDC) diluluskan segera oleh pihak berkuasa, kerana ia berhak didaftarkan bagi mewakili etnik Dayak di Sarawak khususnya.
Katanya, pihaknya akan menemui Kementerian Dalam Negeri untuk meminta penjelasan mengapa permohonan MDC sejak enam bulan lalu belum diluluskan.
"Enam bulan sudah cukup bagi kementerian tersebut mengkaji permohonan MDC dan kami (kaukus) mahukan ia diluluskan segera," katanya.
Nazri berkata, Malaysia tidak menghalang penubuhan parti politik berasaskan kaum seperti Umno untuk orang Melayu, MCA untuk kaum Cina dan MIC untuk masyarakat India..
Katanya, MDC ditubuhkan untuk memperjuangkan kaum Dayak khususnya di Sarawak setelah Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) dibubarkan.
"Tiada sebab permohonan tidak boleh diluluskan kerana ia adalah sebahagian daripada kebebasan berpolitik dan bersuara yang dibenarkan dalam perlembagaan," katanya.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.