Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
‘Tiada tuntutan ke atas sitaan wang, barang berharga berkaitan kes Najib’
Diterbitkan:  Sep 13, 2018 6:10 PM
Dikemaskini: 10:48 AM

Pihak polis belum menerima sebarang tuntutan rasmi daripada mana-mana pihak berhubung sitaaan wang tunai bernilai RM114 juta dan barang berharga yang dirampas daripada kediaman yang dikaitkan dengan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, kata Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim.

Sebelum ini, Najib mendakwa wang tunai berkenaan milik Umno dan sedang dalam proses dipindahkan kepada kepimpinan baru berikutan peletakan jawatannya sebagai presiden parti.

Rashid juga berkata bahawa unit anti pengubahan wang haram Bukit Aman telah mengenal pasti beberapa beg dan jam tangan yang disyaki diperolehi dengan menggunakan hasil daripada wang haram.

“Pihak AMLA PDRM masih bekerjasama dengan beberapa buah negara luar yang boleh membantu siasatan.

"Kami juga kini dalam proses mengumpulkan bukti yang cukup supaya tindakan pendakwaan dan perlucuthakan harta dapat diambil bagi tujuan ini,” katanya.

Rashid berkata pihak polis mempunyai sehingga 19 Mei tahun depan untuk melengkapkan siasatan mereka.

Dalam beberapa serbuan di kediaman yang dikaitkan dengan Najib pada awal bulan Mei, polis merampas wang tunai, beg dan jam tangan aksesori mewah, yang dianggarkan bernilai lebih RM1.1 bilion pada harga pasaran.

Walaupun Najib mendakwa wang tunai itu milik Umno, kebanyakan barangan berkenaan dikaitkan dengan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Walau bagaimanapun, sumber yang rapat dengan Rosmah pada Ogos lalu mendakwa bahawa kurang daripada separuh barang yang disita itu adalah miliknya.

Seorang peguam yang mewakili Rosmah juga mengesahkan bahawa pasukan perundangannya telah membuat permohonan bertulis kepada pihak polis untuk menuntut barang-barang itu.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS