Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Shafee: Kami akan menang jika dapat hakim Mahkamah Tinggi yang bebas

Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata beliau dan pasukan peguamnya menimbang untuk memindahkan kes pengubahan wang haramnya daripada Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi, agar mendapat perbicaraan yang adil.

"Saya rasa lebih baik hakim Mahkamah Tinggi yang mendegar kes ini. Berikan saya seorang hakim Mahkamah Tinggi yang bebas atau mana-mana hakim (yang bebas), saya boleh beritahu yang kita akan menang kes ini," katanya dalam sidang media di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau mengaku tidak bersalah terhadap empat tuduhan menurut mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA) kerana didakwa menerima dua bayaran berjumlah RM9.5 juta daripada bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak antara 2013 dan 2014.

Ketika sidang media, Shafee mendakwa siasatan terhadapnya tidak selesai dan penyiasat mengejar masa untuk mendakwanya.

"Najib diminta untuk hadir ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada pukul 10 pagi hari ini untuk memberi keterangan berhubung RM95. juta.

"Beliau saja saksi lain yang boleh menyokong atau menafikan dakwaan saya. Tetapi ia dibatalkan dan saya dibawa ke mahkamah hari ini tanpa keterangan Najib.


Baca: Panduan pertuduhan terhadap Shafee


"SPRM kata tak perlu, dan itu bermakna siasatan tidak lengkap. Mereka tak peduli untuk dengar keterangan Najib. Anda fikir mengapa mereka dakwa saya hari ini? Mereka tergesa-gesa untuk dakwa saya," katanya.

Ditanya sama ada beliau menarik diri daripada mengetuai pasukan peguam dalam kes Najib, Shafee berkata dakwaan terhadapnya tidak menjejaskan kedudukan sebagai peguam Najib.

"Saya tak perlu tarik diri. Malah saya dengar khabar anging bahawa mereka juga mahu dakwa Najib untuk kes RM9.5 juta agar boleh diadakan perbicaraan bersama.

"Khabar angin di Malaysia biasanya benar," katanya lagi.

Beliau berkata ia bagi menghalang dirinya daripada menjadi peguam untuk Najib dan dirinya sendiri, tetapi ia tidak akan berjaya kerana beliau "ada strategi sendiri jika ia berlaku".

Lihat Komen
ADS