Giliran pelajar UM pula hadapi tindakan pihak universiti
Terjemahan Selepas Universiti Putra Malaysia (UPM), kini tiba pula giliran pelajar universiti tertua di negara ini Universiti Malaya (UM) untuk berdepan dengan tindak pihak berkuasa kampus tersebut.
Terjemahan Selepas Universiti Putra Malaysia (UPM), kini tiba pula giliran pelajar universiti tertua di negara ini Universiti Malaya (UM) untuk berdepan dengan tindak pihak berkuasa kampus tersebut.
Semalam, tiga pelajar UM, dari kumulan 'anti-pentadbiran' telah dihadapkan ke sesi siasatan disiplin mengikut Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku).
Dua daripada mereka, Karim Abdul Rahim dan Hafizuddin Mohammad, menghadapi tuduhan mengedarkan borang soal-selidik mengenai kebajikan pelajar.
Di bawah peraturan kampus, para pelajar dilarang mengedar sebarang bahan tanpa kebenaran jabatan hal-ehwal pelajar.
Ini adalah kali kedua Karim menghadapi tindakan daripada pihak berkuasa kampus. Sebelum ini, dia membuat aduan polis selepas mendakwa dibelasah oleh seorang pegawai universiti sebelum pilihanraya kampus September lalu.
Berkelakuan biadap
Pelajar ketiga yang menghadapi tindakan disiplin ialah Zainulfaqar Yaacob, yang dituduh berkelakuan biadap terhadap seorang pegawai universiti dan mengganggu tugasnya, apabila dia menyoal pegawai berkenaan berhubung dakwaan kejadian Karim dibelasah.
Rabu lalu, empat lagi pelajar dikenakan tindakan kerana menyambut pelajar baru di stesen KL Sentral dan menyebarkan risalah tanpa kebenaran jabatan hal-ehwal pelajar.
Keempat-empat mereka adalah ahli Persatuan Pelajar Islam yang juga sebahagian daripada kumpulan anti-pentadbiran, tetapi persatuan itu diiktiraf oleh pihak berkuasa UM.
Gabungan pelajar UM yang menyokong kumpulan anti-pentadbiran, telah mengadakan perhimpunan di luar pejabat jabatan hal-ehwal pelajar pagi semalam bagi menyatakan sokongan mereka terhadap tiga pelajar terbabit.
Kira-kira 30 pelajar menyertai perhimpunan bantahan tersebut, tetapi mereka tidak membawa sebarang kain rentang ataupun slogan.
Wakil gabungan tersebut serta Solidaraiti Mahasiswa Malaysia (SMM) menggesa pihak berkuasa kampus supaya menggugurkan tuduhan terhadap semua pelajar terbabit.
"Tuntutan kita juga disokong oleh Pengerusi Kaukus Parlimen Mengenai Hak Asasi Manusia, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz, Suhakam dan 55 badan bukan kerajaan (NGO)," kata jurucakap SMM, Ahmad Rifauddin Abdul Wahab.
Mereka juga menggesa pihak universiti supaya membatalkan semua tuduhan terhadap empat lagi pelajar yang dikenakan tindakan kerana menyambut pelajar baru di KL Sentral serta mengedarkan risalah tanpa kebenaran jabatan hal-ehwal pelajar.
Pelajar dibuang asrama
Sementara itu, Rifauddin juga mendakwa, 41 pelajar dari kolej kediaman UM No 5 telah dibuang asrama kerana menyertai perhimpunan anjuran SMM.
Menurut laporan sebuah akhbar berbahasa Cina semalam, ketua kolej kediaman itu berkata pelajar terbabit tidak dibenarkan lagi tinggal di asrama itu kerana kontrak mereka sudah tamat.
Politik kampus membabitkan pertentangan antara dua kumpulan kumpulan pro-pentadbiran yang dikatakan mendapat sokongan pihak berkuasa kampus, dan kumpulan anti-pentadbiran.
Penyelewengan didakwa berlaku dalam pilihanraya kampus September lalu di samping dakwaan berlakunya kejadian pelajar diganggu dan diugut. Terdapat pelajar yang memulaukan pemilihan tersebut di lima buah universiti.
Pemilihan di semua 17 universiti awam dimenangi oleh kumpulan pro-pentadbiran.
Di UPM, enam pelajar menghadapi pelbagai tuduhan berkaitan pilihanraya kampus lalu seperti dituduh menghasut pelajar lain supaya memulaukan pemilihan tersebut dan menyertai perhimpunan bantahan.
Bagaimanapun, tarikh siasatan ke atas mereka telah ditangguhkan berikutan bantahan para para pelajar dan pihak-pihak lain. Berita asal


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.