Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
SPRM digesa siasat kelulusan pembinaan kondo di tanah rizab jalan
Diterbitkan:  Sep 14, 2018 3:22 PM
Dikemaskini: 7:29 AM

Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) hari ini membuat laporan susulan bagi meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan berlaku salah guna kuasa berkaitan kelulusan projek pembinaan sebuah kondominium di atas tanah rizab jalan di Jalan Jejaka 1, Lorong Peel di Kuala Lumpur.

Ketua Biro Salah Guna Kuasa PMSP Tony Tan Chee Chong yang mewakili kira-kira 100 penduduk yang hadir di SPRM di Putrjaya hari ini, mahu SPRM menyiasat projek kondominium berkenaan kerana disyaki melibatkan salah guna kuasa dan penyelewangan semasa diluluskan.

Beliau mendakwa pembinaan kondominium 54 tingkat itu di atas tanah lot 810 milik kerajaan itu agak mencurigakan kerana diperuntukkan sebagai tanah rizab jalan.

"Kita bimbang dengan pembinaan kondominium mewah akan menjejaskan kehidupan harian kira-kira 20,000 hingga 30,0000 penduduk setempat.

"Jika pembinaan ini diteruskan, ia akan menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk di kawasan itu dan memaksa penduduk membuat pusingan lebih jauh untuk sampai ke kediaman masing-masing," katanya kepada pemberita ketika ditemui di luar perkarangan SPRM selepas membuat laporan itu.

Beliau berkata, pihaknya turut membuat laporan polis pada tahun lepas, dan laporan SPRM pada Mei 2018 berhubung kes yang sama.

- Bernama
 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS