Pemimpin Asean mula bersidang
Selepas beberapa mesyuarat persediaan peringkat tinggi diadakan sejak seminggu lalu, kesemua 10 ketua kerajaan Asean memulakan Sidang Kemuncak mereka yang ke-11 pagi ini bagi menetapkan arah tuju sosio-ekonomi rantau ini.
Selepas beberapa mesyuarat persediaan peringkat tinggi diadakan sejak seminggu lalu, kesemua 10 ketua kerajaan Asean memulakan Sidang Kemuncak mereka yang ke-11 pagi ini bagi menetapkan arah tuju sosio-ekonomi rantau ini.
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memulakan sidang pleno yang memberi tumpuan terhadap integrasi ekonomi.
Majlis Penasihat Perniagaan Asean (Abac) kemudian akan membentangkan satu laporan tentang cara mengukuhkan ekonomi serantau yang telah pulih daripada krisis kewangan pada 1997.
Selepas itu, Kumpulan Sivil Asean yang diwakili pelbagai pertubuhan bukan kerajaan, akan mengemukakan cadangan mengenai isu-isu akar umbi seperti penghijrahan tenaga kerja dan kemiskinan di negara anggota yang masih mundur.
Bernama melaporkan, perkara utama dalam agenda hari ini ialah pemeterian Deklarasi Kuala Lumpur Mengenai Pembentukan Piagam Asean satu dokumen perundangan bagi kumpulan serantau berusia 38 tahun ini.
Di sebelah petangnya, Sidang Kemuncak Asean+3 Kesembilan melibatkan Asean dan rakan dialognya terdiri China, Jepun dan Korea Selatan, akan dilangsungkan, dan disusuli majlis menandatangani Deklarasi Kuala Lumpur mengenai Asean+3.
Antara acara sampingan hari ini ialah pertemuan dua hala antara Abdullah dan Perdana Menteri India Dr Manmohan Singh. Perdana Menteri juga dijadual mengadakan perbincangan dengan pemimpin Myanmar Jeneral Soe Win.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.