Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Skandal RM2.6b: Najib bakal didakwa 21 tuduhan wang haram

Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dibawa ke ibu pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (CCID) sekitar jam 9.20 pagi tadi bagi membantu siasatan terhadap dakwaan RM2.6 bilion masuk ke akaun bank peribadinya.

Memakai kot hitam dan berbaju kemeja biru muda, Najib diiringi pegawai polis dan SPRM masuk ke ibu pejabat jabatan itu di Menara 238 di Jalan Tun Razak.

Beliau diambil daripada ibu pejabat SPRM di Putrajaya selepas disoal siasat lanjut mengenai tuduhan salah guna kuasa ketika menjadi perdana menteri.

Dalam suatu kenyataan hari ini, polis berkata Najib bakal menghadapi 21 pertuduhan baru membabitkan kes RM2.6 bilion itu.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata pertuduhan itu melibatkan sembilan pertuduhan menerima wang haram, lima pertuduhan menggunakan wang haram dan tujuh pendakwaan memindahkan wang haram kepada entiti lain.

700 cek berkaitan 1MDB

"Pasukan siasatan jenayah pengubahan wang haram (di bawah) urus setia ketua polis negara, setelah mendapat persetujuan daripada Jabatan Peguam Negara telah membuat tangkapan ke atas Datuk Seri Najib Razak di perkarang pejabat pasukan siasatan itu pada 20 September.

"Beliau (Najib) akan dikemukakan ke Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur untuk proses pertuduhan di bawah Seksyen 4(1) Akta Pengubahan Wang haram dan Pembiayaan Keganasan (AMLATFA) 2001," kata Noor Rashid dalam kenyataan itu hari ini.

Beliau berkata penangkapan dan pendakwaan terhadap Najib dibuat dengan kerjasama SPRM..

Semalam, SPRM menangkap Najib di ibu pejabat Suruhanjaya itu di Putrajaya yang mana para penyiasat merekodkan kenyataannya berhubung 700 cek berkaitan hal ehwal 1MDB.

Para penyiasat berkata wang itu datang daripada penyelewengan syarikat pelaburan negara 1MDB, manakala Najib mempertahan dana itu derma daripada sumber Arab Saudi.

Menurut suruhanjaya pencegahan rasuah itu pendakwaan terbaru terhadap Najib itu selepas menerima lampu hijau daripada Jabatan Peguam Negara.

SPRM memberitahu pemberita Najib dijangka dihadapkan ke mahkamah pada jam 2 petang hari ini.

[Berita penuh menyusul]
 

Lihat Komen
ADS