Pembangkang rancang himpunan sehari suntuk
PAS dan Parti Keadilan Nasional merancang siri perhimpunan bermula jam 8 pagi hingga menjelang tengah malam hari ini di Kajang, Masjid Negara, Hospital Kuala Lumpur dan Markaz Tarbiah PAS di Gombak.
PAS dan Parti Keadilan Nasional merancang siri perhimpunan bermula jam 8 pagi hingga menjelang tengah malam hari ini di Kajang, Masjid Negara, Hospital Kuala Lumpur dan Markaz Tarbiah PAS di Gombak.
Perhimpunan di Kajang itu sempena menyambut pembebasan Ketua Pemuda PAS Mahfuz Omar dan dua lagi aktivis parti itu daripada penjara selama sebulan atas kesalahan berhimpun tanpa kebenaran polis bagi membantah pasukan kriket Israel tiga tahun lalu. [[#1]Anti-Israel: Mahfuz dipenjara sebulanp[/#], 9 Nov]
Menurut laporan laman Harakahdaily.com, pemimpin utama Barisan Alternatif termasuk Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden PAS Datuk Fadzil Mohd Noor dijangka akan turut berada di pintu penjara Kajang untuk menyatakan sokongan.
Tahun lalu, sekurang-kurangnya 5,000 penyokong pembangkang berkumpul di tempat yang sama bagi menyambut pembebasan Naib Pengerusi DAP Lim Guan Eng yang dihukum penjara 18 bulan atas kesalahan "menghasut dan mencetak berita palsu."
Beberapa ribu penyokong parti Islam dan reformasi dipercayai akan menyertai program ini sebelum bergerak ke Masjid Negara untuk menunaikan sembahyang Jumaat.
Pengerusi jawatankuasa penganjur Dr Mohd Hatta Ramli dilaporkan berkata, ketiga-tiga pemimpin Pemuda PAS itu akan diarak ke ibu kota menjelang tengahari melalui Lebuhraya Utara-Selatan.
Menjelang 7 malam, penyokong bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka berkumpul dan berbuka puasa beramai-ramai di Hospital Kuala Lumpur. Perhimpunan ini diadakan bagi menyatakan sokongan kepada pemimpin utama Gerakan Reformasi yang kini dirawat akibat sakit belakang sejak 24 November lalu.
Dialog bersama Mahfuz
Jumaat lalu, kira-kira 150 penyokong reformasi termasuk anak sulung Anwar, Nurul Izzah, berkumpul di kawasan lapang berdekatan unit kecemasan HKL untuk membantah larangan melawat bekas pemimpin Umno itu. [[#2]Penyokong Anwar berbuka puasa di hospital KL[/#], 1 Dis]
Sementara itu, Dewan Pemuda PAS dijadualkan menganjurkan program khas untuk Mahfuz dan dua lagi bekas tahanan itu. Menurut Setiausaha Pemuda PAS Idris Ahmad, pada sebelah petang, satu dialog akan di Markas Tarbiyah PAS Pusat, Gombak.
Satu program ceramah umum akan diadakan di situ pada sebelah malam. Selain tiga bekas banduan itu, ceramah itu dijadualkan disertai Nik Abdul Aziz, Fadzil Noor dan juga Ketua Pemuda Keadilan Mohamed Ezam Mohd Noor.
Menurut laman web rasmi PAS itu lagi, sambutan besar-besaran untuk Mahfuz akan diadakan di pusat pendidikan parti itu di Muassasah Darul Ulum, Kedah pada 9 Disember depan.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.