Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Menteri undang-undang sokong PM semak semula kes 'doktor ganja'
Diterbitkan:  Sep 21, 2018 9:04 AM
Dikemaskini: 1:06 AM

Menteri Undang-undang Datuk Liew Vui Keong menyokong gesaan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir untuk menyemak semula kes seorang lelaki yang dijatuhkan hukuman mati keranan memiliki, memproses dan mengedarkan minyak kanabis (ganja).

"Saya setuju dengan perdana menteri bahawa kami patut semak semula kes ini.

"Saya yakin kedaulatan undang-undang khususnya dalam kes ini akan ditegakkan dan dia wajar dibenarkan untuk mempertahankan dirinya jika dia tidak bersalah melakukan kesalahan utama (capital)," kata Liew dalam kenyataan akhbar.

Beliau mengulas kes Muhammad Lukman yang dijatuhkan hukuman mati keranan memiliki 3.11 liter minyak kanabis, 279 kilogram ganja mampat dan 1.4 kilogram bahan mengandungi kimia asas tetrahydrocannabinol (THC) yang terkandung dalam ganja.

Liew berkata Lukman sepatutnya diberikan permohonan rayuan secara automatik di mahkamah rayuan dan di mahkamah persekutuan sebagaimana kes-kes sabitan hukuman utama.

Kes ini menjadi tular di media sosial dan suatu petisyen menuntut pembebasannya telah diusahakan.

Peguamnya, Farhan Maaruf dilaporkan berkata Lukman tiada niat untuk "menolak" (menjual) dadah itu di jalanan dan menjelaskan anak guamnya cuma mahu membantu pesakit yang penyakitnya dapat dirawat menggunakan THC.

Anggota Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar semalam memfailkan surat rayuan rasmi kepada Pejabat Peguam Negara bagi memohon membantu meringankan sabitan hukuman terhadap Lukman.

Lihat Komen
ADS