Sekitar tahun 2015, para penyiasat terpaksa menghentikan siasatan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung skandal 1MDB.

Akhirnya, penyiasat memutuskan bahawa satu-satunya pilihan yang mereka ada adalah untuk membocorkan dokumen siasatan kepada media.

Menurut Bradley Hope dan Tom Wright dalam buku mereka The Billion Dollar Whale, penyiasat Malaysia beralih kepada mereka selepas mereka (wartawan Amerika itu) menerbitkan sebuah artikel di Wall Street Journal yang terperinci bagaimana Najib didakwa menggunakan 1MDB sebagai 'slush fund'.

"Kisah itu menarik perhatian seorang perantara bagi pasukan petugas (Malaysia). Beberapa hari kemudian, satu sumber Malaysia bertemu Simon Clark, seorang wartawan, di London untuk mengesahkan kebenaran dokumen yang mana perantara itu serahkan bebeberapa jam kemudian. Sarawak Report juga memperolehinya.

"Fail, salinan dokumen pemindahan ke dalam akaun Najib serta rajah aliran wang yang dihasilkan oleh pasukan petugas itu, meletup," kata buku itu.

Menariknya, sumber-sumber Malaysia kepada Hope Wright telah menyerahkan fail-fail komputer yang di 'encrypted' yang hanya dapat dibuka dengan kata laluan "SaveMalaysia", kata frasa yang digunakan berulang kali oleh parti-parti pembangkang dalam pilihan raya umum 9 Mei.

Pasukan petugas itu pada mulanya diwujudkan oleh bekas peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail pada tahun 2014 sebagai sebahagian daripada unit khas perolehan balik hasil.

Pada separuh pertama tahun 2015, pasukan petugas itu memberi tumpuan utama kepada 1MDB dan dakwaan bahawa dananya telah disalahgunakan oleh Najib. Menjelang Julai tahun itu, Najib membubarkan pasukan petugas itu dan membuang beberapa yang memegang jawatan tinggi.

Menurut Hope dan Wright, Abdul Gani dan pasukan petugas itu hanya beberpa hari lagi sebelum mengemukakan pertuduhan terhadap Najib, tetapi digagalkan apabila ketua polis, dikatakan sebahagian daripada pasukan petugas itu, memutuskan untuk bertukar pihak pda saat-saat akhir dan memaklumkan kepada Najib tentang penangkapannya yang akan berlaku ".

Beberapa hari selepas menyempurnakan pembersihan itu, Najib menerima kunjungan Perdana Menteri Britain, David Cameron di Kuala Lumpur, yang baru sahaja memberikan ucapan di Singapura mengenai rasuah.

"Secara peribadi, beliau menekan Najib mengenai dakwaan rasuah 1MDB dan rekod hak asasi manusia Malaysia." Najib sangat berang dengan cakap Cameron itu.

"Hubungan beliau dengan Demokrasi Barat berakhir," tulis kedua-dua mereka.

[Baca berita penuh]