Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Azhar Harun pengerusi baru SPR
Diterbitkan:  Sep 21, 2018 11:30 AM
Dikemaskini: 12:36 PM

Kerajaan melantik peguam veteran, Azhar Azizan @ Harun, sebagai pengerusi baru Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Azhar, 56, atau lebih dikenali sebagai Art Harun di media sosial menggantikan Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah yang bersara awal pada 1 Julai lalu.

Menurut kenyataan hari ini, Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Ismail Bakar berkata pelantikan itu berdasarkan Fasal (1) Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan.

Ismail juga berkata ia telah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.

Menurut kenyataan itu, Azhar menamatkan pengajian sarjana muda undang-undang di Universiti Malaya dan sarjana di King's College, University of London.

Beliau memulakan kerjaya peguam pada 1987 dan telah berkhidmat di beberapa firma guaman ternama dengan kepakaran dalam bidang pilihan raya, kata kenyataan itu.

"Dengan kelayakan dan pengalaman yang ada, saya yakin beliau akan dapat menjalankan tugas, kewajipan dan tanggungjawab sebagai pengerusi SPR mengikut kehendak Perlembagaan Persekutuan dengan sempurna," kata kenyataan itu lagi.

Lihat Komen
ADS