Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Anwar: Tiada jentera kerajaan dalam kempen PRK PD

Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tiada jentera kerajaan yang akan digunakan dalam kempennya ketika pilihan raya kecil (PRK) Port Dickson yang akan diadakan pada 13 Oktober ini.

Beliau berkata ia merupakan satu perkara penting apabil mengambil kira kedudukan Pakatan Harapan (HARAPAN) sebagai kerajaan persekutuan.

"Saya tegaskan kita tidak mahu menggunakan kemudahan dan jentera kerajaan dalam PRK. Saya akan pastikan mereka (pemimpin HARAPAN dalam Kabinet) datang sebagai pemimpin parti saja," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR, hari ini.

Pada sidang media itu, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan secara rasmi pencalonan Anwar untuk PRK itu.

Antara yang hadir adalah Setiausaha Agung Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan dua calon timbalan presiden iaitu Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Rafizi Ramli.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 29 September ini sebagai hari penamaan calon dan 13 Oktober untuk hari mengundi.

Pada 12 September lalu, kerusi Parlimen Port Dickson dikosongkan penyandangnya Datuk Danyal Balagopal Abdullah bagi memberi laluan kepada Anwar untuk kembali ke Parlimen.

Ketika ditanya tentang jangkaan pertembungan banyak penjuru dalam PRK itu, Anwar berkata beliau mengalu-alukan sebarang pesaing, termasuk calon Bebas yang telah menyuarakan minat untuk bertanding.

"semua kepimpinan hadir hari ini menunjukkan kita tidak mengambil mudah pilihan raya ini.

"Kita perlu menjelaskan pendirian kepada pengundi dan berkempen untuk sokongan mereka. Kita akan kerja kuat," katanya lagi.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS