Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
'Sepatutnya saya angkat sumpah PM': Saya bergurau – Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau cuma bergurau apabila berkata beliau sepatutnya mengangkat sumpah perdana menteri pada 10 Mei lalu, dan bukan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Anwar, presiden PKR. berkata beliau hanya menjawab soalan pelajar Singapura dalam sesi dialog dua jam di Universiti Pengurusan Singapura di Kota Singa semalam.

“Saya gunakan istilah saya amat gembira dengan sokongan padu diberikan dan kita sekarang membentuk kerajaan bawah Tun Dr Mahathir.

“Kemudian ada soalan tentang 'perasaan peribadi kamu'... sama ada kamu yang patut jadi (perdana menteri),” katanya.

“Saya kata, sudah tentu, jika saya tidak dipenjarakan, saya akan jadi (perdana menteri) tetapi saya di penjara.

“Saya bergurau tetapi jadi tajuk berita pula,” tambahnya.

Dalam wawancara dengan media Singapura Channel News Asia, beliau dilaporkan mengaku berasa patut mengangkat sumpah perdana mennteri ketika menyaksikan Mahathir melakukannya.

Anwar yang ketika itu masih menjalani hukuman penjara, menonton upacara angkat sumpah berkenaan dari wad hospital selepas selesai melakukan pembedahan.

[Baca berita asal]

 

 

Lihat Komen
ADS