Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Dituduh curang dengan suami orang, timb menteri lapor polis
Diterbitkan:  Sep 24, 2018 12:34 PM
Dikemaskini: 4:45 AM

Timbalan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar, Isnaraissah Munirah Majilis menafikan menjalin hubungan sulit dengan pembantunya yang telah berkahwin.

"Saya ingin menegaskan bahawa saya tidak terlibat sebagaimana yang diperkatakan dalam sebuah blog mengaitkan nama saya.

"Artikel blog ini berniat jahat untuk mengaibkan dan menggugat integriti saya sebagai seorang wakil rakyat," katanya pada hantaran Facebook hari ini.

Isnaraissah, yang juga Anggota Parlimen Kota Belud telah membuat laporan polis semalam mengenai tuduhan tersebut.

Sabtu lalu, penulis blog Raja Petra Kamarudin mendakwa Isnaraissah, yang juga telah berkahwin telah menjalin hubungan sulit dengan pembantunya yang telah berkahwin.

Raja Petra juga menuduh isteri pembantunya juga telah membuat laporan polis yang mengatakan suaminya telah memukulnya selepas beliau bertanyakan mengenai apa yang dikatakan hubungan sulit itu.

Raja Petra turut berkata polis telah menyiasat kes itu dan Isnaraissah mengakui menjalin hubungan sulit.

Bagaimanapun, dalam laporan polisnya, Isnaraissah menegaskan beliau tidak terlibat langsung dalam dakwaan berkenaan.

"Saya membuat laporan ini untuk membersihkan nama saya dan keluarga dan agar penulis dapat disiasat," katanya dalam laporan polis itu.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS