Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Penulis dakwa Jho Low cuba jumpa Dr M
Diterbitkan:  Sep 25, 2018 2:09 PM
Dikemaskini: 11:15 AM

Tom Wright, penulis bersama buku Billion Dollar Whale, mendakwa tokoh perniagaan kontroversi, Jho Low yang kini menjadi buruan menghantar mesej kepada kerajaan Pakatan Harapan untuk membuat perjanjian.

Antara lain, katanya, Low menawarkan diri untuk berjumpa dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini berada di New York bagi menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

“Dia tidak pernah putus asa. Sekarang pun dia masih menghantar mesej kepada kerajaan yang antara lain menyebut: ‘Saya boleh bantu kamuanda (contohnya) perjumpaan Dr Mahathir di New York minggu ini’ atau ‘saya boleh bantu mendapatkan kembali aset yang tidak mungkin diperoleh tanpa bantuan saya.’

“Bagi kebanyakan orang, saya pasti kita akan mengaku kalah dan menyerah diri,” katanya kepada BFM pagi ini.

Wright, seorang wartawan dengan Wall Street Journal, menggambarkan Low sebagai seseorang yang mempunyai "risiko toleransi tinggi" dan tanpa "emosi manusia yang normal".

"Saya rasa dia bukan orang yang mempunyai emosi manusia biasa seperti kamu atau saya.

"Ada sesuatu yang mendorong wataknya yang sangat menarik tetapi ini bukan sesuatu yang mudah dikaitkan dengan kita," katanya.

Beliau menyebut contoh bagaimana Low tidak terkesan ketika penglibatannya dengan 1MDB didedahkan dan ketika beliau dinamakan dalam tuntutan undang-undang Jabatan Keadilan (DOJ) AS.

Wright berkata apabila bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak "mengusir” Low dari Malaysia pada tahun 2015, usahawan itu ke China untuk membuat lebih banyak perjanjian.

Adalah dilaporkan pada Ahad lalu bahawa Low cuba berunding mencari penyelesaian dengan DOJ tetapi Wright tidak percaya jabatan itu akan bersetuju dengan cadangannya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS