Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PAS putuskan letak calon Port Dickson dalam masa terdekat

PRK PD | PAS akan membuat keputusan sama ada akan meletakkan calon atau sebaliknya bagi pilihan raya kecil (PRK) Port Dickson dalam masa terdekat.

Perkara itu dinyatakan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man kepada Malaysiakini, hari ini.

"Parti akan adakan mesyuarat dalam masa terdekat, satu kenyataan rasmi akan dikeluarkan selepas mesyuarat tersebut.

"Mesyuarat dalam sehari dua ini," katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, kerusi parlimen Port Dickson dikosongkan penyandangnya Datuk Danyal Balagopal Abdullah untuk membolehkan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding dan kembali ke Dewan Rakyat.

PRM, calon bebas cabar Anwar

Setakat ini hanya parti kecil Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan calon bebas menyatakan hasrat mencabar Anwar di kerusi itu manakala BN membuat keputusan untuk memboikot PRK tersebut.

Dengan keputusan BN itu, tumpuan kini beralih pada PAS selepas Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan parti itu tidak akan memberi laluan mudah dan kemenangan percuma kepada Anwar.

Sementara itu, Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah semalam bagaimanapun berpendapat PAS tidak harus terlibat kerana pilihan raya itu “sengaja diada-adakan untuk memenuhi kehendak individu tertentu”.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menetapkan Pilihan Raya Kecil (PRK) parlimen Port Dickson diadakan pada 13 Oktober depan.

Timbalan Pengerusi SPR, Tan Sri Othman Mahmood, berkata hari penamaan calon ditetapkan pada 29 September dan hari mengundi awal pula pada 9 Oktober.

Katanya, tempoh berkempen yang ditetapkan adalah 14 hari bermula pada hari penamaan calon sehingga jam 11.59 malam menjelang hari membuang undi.

Lihat Komen
ADS