Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
story images
story images

PEMILIHAN PKR |  PKR akan meneruskan sistem e-undi bagi pemilihan parti, kata pemimpin tertinggi PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Kita menerima saranan daripada Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP), e-undi ini diteruskan…laporan di Pulau Pinang, ia (e-undi) berjalan baik, cuma ada beberapa peranti tidak berfungsi dan ini akan diperbaiki," kata beliau selepas mempengerusikan mesyuarat Biro Politik PKR malam tadi.

PKR Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan Perak sepatutnya mengadakan pemilihan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dan ketua cabang pada hujung minggu lalu.

Bagaimanapun, pemilihan PKR hanya dapat dijalankan di Pulau Pinang sahaja. Tarikh baru untuk negeri-negeri lain masih belum diumumkan.

Anwar menjelaskan Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) telah mengenal pasti isu-isu yang menjejaskan sistem e-undi dan sistem yang telah ditambak baik akan digunakan untuk pemilihan di Johor pada Ahad ini.

"Technician harus ada di setiap daerah mengundi. Perkara kedua, peringatan yang lebih kepada pengawal (keselamatan)

PKR pecat ahli

"Dan amaran keras kepada semua kepimpinan dan wakil rakyat yang melanggar kawasan yang dilarang, mereka akan digantung serta-merta," katanya.

Anwar turut memaklumkan PKR telah mengenal pasti pihak yang terlibat dalam kekecohan di Merbok dan Seberang dan telah memecat keahlian mereka serta-merta.

"Dengan itu, mereka (dua anggota terbabit) ini dilarang terlibat dalam apa-apa aktiviti parti...begitu juga jika terdapat pemimpin yang masih mengangkat (membela) mereka juga akan dikenakan tindakan disiplin.

"Ketika mereka di dalam parti, mereka membaling kerusi kepada kami. Lebih baik kami baling mereka keluar," tegas Anwar.

Sabtu lalu, PKR Kedah menggantung sembilan daripada 15 pemilihan cabang selepas ketegangan meletus di kalangan anggota yang tidak senang dengan sistem e-undi.

Akibatnya, jawatankuasa pemilihan mengumumkan pada sidang akhbar di Seberang Jaya bahawa keputusan dari semua cabang Kedah akan dibatalkan, tetapi keputusan dari semua 13 cabang di Pulau Pinang akan diterima.

Hal tersebut menjadi punca pergaduhan kejadian kerusi terbang.dengan seorang individu cuba menyerang sekumpulan lain dengan kerusi tetapi sempat dihalang.

Sementara itu, seorang lagi individu membaling kerusi dan sempat disambut sebelum mencederakan orang lain.

Ekoran itu, lima negeri ditunda pemilihannya iaitu Melaka, Negeri Sembilan, Perak dan Perlis.

Bagaimanapun, keputusan dari semua 13 cabang PKR di Pulau Pinang diterima tanpa sebarang pindaan.

Tahun ini, pertama kali PKR menggunakan sistem e-undi pada pemilihan parti. Ia menjadi satu-satunya parti di Malaysia yang memberi hak kepada semua anggotanya untuk mengundi pemimpin.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS