BPR diminta siasat projek kerajaan negeri Sarawak
Terjemahan Badan Pencegah Rasuah (BPR) diminta menyiasat pemberian kontrak bernilai hampir RM300 juta kepada dua syarikat yang didakwa mempunyai kaitan dengan Ketua Menteri Sarawak, Tan Seri Abdul Taib Mahmud.
Kontrak tersebut bagi membina bangunan Dewan Undangan Negeri yang baru di Kuching.
Terjemahan Badan Pencegah Rasuah (BPR) diminta menyiasat pemberian kontrak bernilai hampir RM300 juta kepada dua syarikat yang didakwa mempunyai kaitan dengan Ketua Menteri Sarawak, Tan Seri Abdul Taib Mahmud.
Kontrak tersebut bagi membina bangunan Dewan Undangan Negeri yang baru di Kuching.
Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Wan Zainal Abidin Wan Senusi bersama lima yang lain membuat aduan berhubung pemberian kontrak tersebut di ibu pejabat BPR negeri pagi tadi.
Wan Zainal memberitahu malaysiakini, Pangarah BPR negeri, Simi Abdul Ghani telah memberi jaminan agensi itu akan menjalankan siasatan terperinci terhadap aduan berkenaan.
Ketua pembangkang itu berkata, aduan yang serupa akan juga dihantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bagi menguji samaada beliau serius dalam usaha menghapuskan rasuah.
PKR Sarawak juga katanya akan membuat laporan yang sama kepada Ketua Pengarah BPR pusat bagi memastikan agensi itu menjalankan tugasnya.
"Kami mahu BPR menyiasat kes ini kerana kami yakin terdapat elemen penyalahgunaan kuasa dalam pemberian kontrak tersebut," katanya lagi.
Antara mereka yang menemani Wan Zainal ke pejabat BPR ialah Setiausaha PKR negeri, Mohd Akek, Ketua Penerangannya, Idris Bohari dan penasihat undang-undangnya, Dominique Ng Kim Ho.
Laporan kepada BPR itu adalah susulan kepada surat bantahan yang hantar oleh Wan Zainal kepada Taib pada 7 Disember lalu.
Dalam surat berkenaan Wan Zainal menggesa kerajaan negeri berhenti membazirkan wang rakyat. Beliau meminta dana kerajaan dibelanjakan untuk projek-projek yang memberi faedah terus kepada orang ramai seperti kerja-kerja membasmi kemiskinan.
Projek tersebut diberikan kepada syarikat usahasama yang melibatkan PPES Works (Sarawak) Sdn Bhd dengan Naim Cendera Sdn Bhd pada harga hampir RM300 juta.
Wan Zainal mendakwa, PPES Works Sdn Bhd adalah anak syarikat CMS Berhad, konglomerat yang dikuasai oleh keluarga Taib.
Menurut beliau lagi, projek itu kemudiannya di sub-kontrakkan kepada Bina Puri Holdings Berhad, sebuah syarikat yang berpangkalan di Kuala Lumpur pada harga RM230 juta atau RM67 juta lebih rendah dari harga asalnya.
Pembinaan projek itu sedang berjalan di Astana, berhadapan dengan pusat rekerasi Kuching Waterfront.

