Wan Zawati rasa ada orang kikis cat pada tingkap
Lans Koperal Wan Zawati Wan Ismail anggota polis wanita yang dilihat dalam video klip bercekak pinggang semasa mengarahkan seorang tahanan wanita melakukan ketuk ketampi merasakan ada seseorang yang mengikis cat dari tingkat bilik tersebut untuk melihat ke dalam.
Lans Koperal Wan Zawati Wan Ismail anggota polis wanita yang dilihat dalam video klip bercekak pinggang semasa mengarahkan seorang tahanan wanita melakukan ketuk ketampi merasakan ada seseorang yang mengikis cat dari tingkat bilik tersebut untuk melihat ke dalam.
"Saya rasa ada seseorang telah mengikis cat itu daripada tingkap berkenaan untuk membolehkan dia melihat ke dalam bilik itu. Saya benar-benar yakin tingkap itu sudah ditutup," katanya ketika memberi keterangan kepada suruhanjaya siasatan kes tersebut hari ini.
Menurut laporan Bernama, Wan Zawati berkata, beliau tahu ada tingkap dalam bilik itu.
Bagaimanapun, menurutnya, beliau yakin sudah menutup tingkap bilik tersebut sebelum membawa masuk tahanan.
Katanya, tingkap bilik itu dicat dengan warna biru, tetapi ada beberapa kesan cat tertanggal di tingkap itu, telah membolehkan pemeriksaan di bilik berkenaan dilihat dari luar.
Beliau juga memberitahu, beliau tidak mengunci pintu bilik itu sebelum membuat pemeriksaan, kerana kunci bilik itu berada di luar.
Tanggal pakaian
Menurut Wan Zawati, beliau menerima wanita itu pada kira-kira jam 5.30 pagi pada 29 Jun dan mula melakukan pemeriksaan badan sebelum menahan wanita itu di tempat tahanan wanita.
Menurut laporan Bernama, wanita tersebut dibawa ke balai polis Petaling Jaya selepas ditahan atas kesalahan membabitkan dadah di sebuah sekolah rendah di Damansara.
Katanya, beliau kemudiannya mengarahkan wanita itu menanggalkan pakaiannya di bilik persalinan wanita, yang menurutnya telah dipatuhi, dan melakukan ketuk ketampi selama 10 kali.
Katanya beliau mengarahkan supaya wanita itu melakukan ketuk ketampi bagi memastikan bahawa tahanan itu tidak menyimpan apa-apa barang di bawah ketiaknya, duburnya, atau alat sulitnya.
"Saya juga periksa mulutnya untuk melihat jika ada pil-pil yang disembunyikannya. Hanya kami berdua sahaja dalam bilik itu," tambahnya. Wan Zawati berkata beliau diarahkan oleh pegawai atasannya supaya memerintahkan semua tahanan wanita melakukan ketuk ketampi semasa beliau menyertai pasukan polis pada 1999.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.