Bekas menteri di jabatan perdana menteri, Datuk Zaid Ibrahim sedang berunding dengan beberapa peguam kerana mahu keputusan kontroversi Mahkamah Persekutuan semalam - yang mengisytiharkan bahawa kerajaan persekutuan dan negeri boleh menyaman fitnah individu yang mengkritiknya - dikaji semula.
Zaid berkata mahkamah tertinggiitu membuat kesilapan besar dalam keputusan berkenaan.
"Berapa kerajaan di dunia hari ini yang menyaman rakyatnya kerana fitnah?
"Saya akan permohonan ke mahkamah persekutuan supaya keputusan itu dikaji semula, tetapi ini tertakluk kepada nasihat peguam saya. Para hakim mesti belajar untuk menerima pemikiran baru, bukan hanya kerajaan baru," katanya.
Zaid berkata beliau mendapati bahawa pemimpin Pakatan Harapan dan badan bukan kerajaan seolah-olah masih berdiam diri berhubung isu yang mempunyai kesan besar itu.
Malam semalam, bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak turut mempersoalkan tindakan membisu HARAPAN berhubung keputusan tersebut.
Walau bagaimanapun, hari ini, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mohd Hanipa Maidin mengingatkan bahawa tidak ada kerajaan yang seharusnya mengheret mana-mana individu ke mahkamah untuk saman fitnah.
Semalam, Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan oleh presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Ahmad Maarop, memutuskan bahawa pihak berkuasa awam boleh menyaman seorang individu kerana fitnah.
