Enam ditahan cuba demontrasi di Sidang Kemuncak Asean
Polis menahan enam orang ketika membendung satu percubaan mengadakan demonstrasi dekat tempat Sidang Kemuncak Asean bagi menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap apa yang didakwa sebagai kegagalan pemimpin Asean dalam menangani isu tertentu di rantau ini.

Mereka, termasuk Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua ditahan semasa mereka bersiap sedia untuk memulakan demonstrasi itu.
Yang lainnya ialah dua pekerja PKR, Jasmine Ng dan Ginie Lim, aktivis Fiqtriey al-Hakim dan dua rakyat Burma yang hanya dikenali sebagai Kolatt dan Jadoi.
Bantahan itu dianjurkan oleh pihak pembangkang, aktivis hak asasi manusia.
Kehadiran mereka menarik perhatian ramai wakil media yang membuat liputan Sidang Kemuncak Asean dan sidang kemuncak berkaitan serta Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS) pertama di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur serba canggih itu.
"Kami berada di sini bagi menyuarakan rasa tidak puas hati berhubung kegagalan pemimpin-pemimpin Asean untuk membincangkan hak asasi manusia, pelarian dan isu buruh," laung Tian Chua semasa dibawa masuk ke trak polis.
Polis turut merampas sepanduk yang dibawa oleh kelima-lima mereka terbabit untuk digunakan dalam demonstrasi itu.
Mereka dibebaskan dengan ikatjamin polis kira-kira jam 5 petang ini.

Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.