Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Najib disiasat 3 jam berhubung 1MDB dan kehilangan RM4.3 juta

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini hadir di unit Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Menara KPJ, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

Sumber yang mempunyai pengetahuan mengenai siasatan itu berkata, pegawai Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) juga menyoal Najib berhubung dakwaan dana berjumlah RM43.3 juta yang menurut Umno telah dicuri semasa serbuan di Pavilion Residences di Kuala Lumpur.

Selain itu, adalah dipercayai beliau turut disoal siasat berhubung isu 1MDB.

Dan selepas tiga jam, Najib meninggalkan bangunan itu kira-kira 1 tengah hari.

Sebelum itu, menurut sumber polis, Najib tiba kira-kira jam 10 pagi dan dipercayai memasuki pejabat berkenaan melalui pintu masuk tempat meletak kereta.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Lokman Noor Adam dan puluhan penyokong berkumpul di lobi bangunan untuk memberi sokongan moral kepada bekas presiden Umno tersebut.

Polis dijangka mencatatkan kenyataannya mengenai skandal 1MDB. Najib dipercayai akan memberi keterangan bagi membantu siasatan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFA) 2001.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh pada 27 September lalu berkata PDRM memerlukan maklumat daripada Najib untuk melengkapkan siasatan kes melibatkan 1MDB.

Katanya, PDRM telah merakam lebih 70 keterangan daripada pelbagai individu terasuk bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy berhubung siasatan dan Najib akan dipanggil lagi untuk dirakam keterangannya.

Sebelum ini, bekas perdana menteri itu berdepan 21 pertuduhan kerana dakwaan berkaitan pengubahan wang haram membabitkan lebih RM4.3 bilion dan empat tuduhan rasuah berjumlah RM2.3 bilion membabitkan dana 1MDB yang dimasukkan ke akaun peribadinya.

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim pada 26 September lalu pula berkata PDRM akan memanggil Datin Seri Rosmah Mansor dalam masa terdekat bagi membantu siasatan berkaitan rampasan barang kemas yang dipercayai miliknya oleh polis pada Jun lepas.

Barang kemas itu dipercayai mempunyai kaitan dengan kes dana 1MDB.

[Baca berita penuh]

 

Lihat Komen
ADS